Wednesday, May 27, 2009

PIAGAM PELANGGAN


1. Melaksanakan tanggungjawab pengajaran dengan menyediakan pembelajaran yang bermutu, mantap, terkini dan berkesan di samping menjalankan amanah yang dituntut oleh Jabatan Pendidikan Negeri serta Pendidikan Malaysia.
2.
Menyediakan pendidikan dari segi rohaniah berlandaskan akhlak mulia dan daya ketahanan diri agar melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan berwawasan dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.
3.
Menjaga kesejahteraan pelajar, guru dan kakitangan sekolah dengan pemupukan nilai-nilai berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan serta berusaha mewujudkan interaksi yang positif dengan masyarakat setempat demi kemajuan pendidikan.
4.
Mewujudkan masyarakat sekolah yang sentiasa komited/iltizam dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing di samping memberi tugas perkhidmatan terbaik kepada semua pihak.
5.
Bekerjasama untuk mewujudkan suasana sekolah yang akan mencapai tahap 'zero defect' dalam semua aspek persekolahan.
6.
Berusaha memastikan kemudahan dan keperluan sekolah di tahap yang memuaskan dengan mengambil tindakan segera mengatasi kekurangan dengan kerjasama pihak JPWP.

No comments:

Post a Comment